Selepas Hagia Sofia, Presiden Turki Ubah Sebuah Lagi Gereja Jadi Masjid

Julai lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penukaran status sebuah bangunan ikonik yang terkenal dengan nama Hagia Sophia daripada muzium kembali menjadi sebuah masjid.
Tapak warisan bersejarah itu pada asalnya dibina sebagai Katedral Kristian semasa empayar Byzantine.
Tindakan pemimpin Turki itu bukan sahaja mengundang kemarahan penganut Kristian, malah turut memburukkan lagi konflik antara Turki dan Greece — yang memantau tinggalan sejarah Byzantine di Ankara.
Selang beberapa bulan kemudian selepas kontroversi itu, sebuah lagi gereja di negara itu ditukar menjadi sebuah masjid.
Memetik laporan Berita Harian, arahan penukaran status Muzium Kariye oleh Recep itu turut mencetuskan kemarahan Greece — yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk provokasi dari pemerintah Turki.
Muzium Kariye yang pada asalnya dibina sebagai sebuah gereja Ortodoks lama yang dikenali sebagai Gereja The Holy Saviour itu memiliki sejarah yang hampir sama dengan Hagia Sophia.
Ia didirikan ketika pemerintahan Empayar Byzantine, sebelum ditukar menjadi masjid ketika penaklukan Uthmaniah dan menjadi sebuah muzium pula selepas Perang Dunia Kedua.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini
Sumber:lobak merah