Ya Allah. Rakaman Vldeo Detlk Detlk Abang B0mba Padamkebakaran KenaPukul


Seorang anggota bomba ced.era selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu.

Dalam insiden tersebut, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditum.buk seorang lelaki dari arah belakang.

Seorang lagi lelaki pula bertindak mema.rahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba.


Susulan kejadian, anggota bomba terbabit yang ced.era ringan telah membuat laporan polis pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden hari ini.

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah.

Kerja-kerja ‘fire break’ kemudian dilakukan selain teknik ‘receo’ untuk mengelakkan api merebak.
Empat sekeluarga yang menyewa rumah terbabit sempat menyelamatkan diri.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN:

“Inilah manusia yang tak reti bersyukur….hidup menyusahkan orang…lebih baik campak ke dalam api tuu”

“Menatam apakah itu….. Sungguh tidak Bersyukur…. Sudah la tidak membantu…. Di p.ukul pula org yang sedang membantu…badan besar, tp otak kami sgt dangkal dan biadap”

“Betul geram tengok lah .. sikit x hargai Frontline yg bertugas..silap sendiri orang lain yg dapat ..relax ba..ingat keje tuh senang ka . Sa geram jak tgok bdeo ni..kan dh keluar bahasa sabah .maafkan sy”

Sumber: Astro Awani