Sultan Johor Berasa Kecewa Berlaku Perebutan Kuasa Dikala Rakyat Sedang Susah
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang berlaku antara ahli politik di negara ini.
Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berasa kecewa apabila ada pemimpin parti politik yang cuba mengganggu dan berebut kuasa di saat rakya sedang mengalami kesusahan dan bergelut dengan Pandemik wabak Covid-19 ketika ini.
Sempena bermulanya Tahun 1443 Hijrah hari ini Baginda menyeru agar semua pemimpin politik terutamanya yang berbangsa Melayu supaya sedar bahawa setiap segala kuasa pemerintahan itu adalah dari Allah. Menurut Baginda lagi dan Allah jugalah yang boleh manarik balik segala kekuasaan yang dimiliki.
Baginda Sultan juga menyeru agar semua pemimpin perlu jujur dan amanah dalam melakukan tugas masing-masing, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah. Bukan hanya mementingkan kepentingan peribadi sehinga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik.
Baginda juga menegaskan sekarang adalah masanya untuk berebut rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan.
“Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang menggangu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan”
“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan” Baginda Sultan
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.
Sumber Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar