WARGA EMAS BUDHA SANGGVP BERHENTI BELA ANJING KERANA JAGA CUCU ISIAM SEJAK LAHIR.
Warga emas Budha sanggvp berhenti bela anjing kerana jaga cucu Islam sejak lahir.
“Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan pengh4lang untuk kita hidup harm0ni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan sudah arahkan kita berbuat baik sesama manusia tidak kira apa jua agama,” kata se0rang nenek beragama Buddha yang menjaga cucu perempuan Islam sejak 23 tahun lalu.
Tan Guan Ne0, 75, yang mesra dipanggil sebagai Ny0nya Pop0 berkata, perkara yang membawa perpecahan kaum dan agama sehingga menimbvlkan keres4han dan ketakvtan rakyat di negara ini seharusnya dielakkan demi memastikan perpaduan yang dinikm4ti rakyat ketik4 ini sejak sebelum kemerdekaan negara dicapai, dapat terus dipertahankan.
“Cina atau Melayu sama sahaja… saya menjaga cucu Islam sejak kecil sampai besar dan sekarang dia sudah berkahwin, anak saya tiga 0rang masuk Islam dan saya biasa sahaja (tidak mem4rahi mereka). Cina, India dan Melayu sama, kita sembahyang pun satu tuhan buat apa kita berselisih faham antara satu sama lain?
“Sudah berpuluh-puluh tahun Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan agama. Walaupun masyar4kat kita tidak menganvt agama yang sama, tetapi kita berk0ngsi negara yang sama. Perpaduan inilah yang buatkan negara kita kuat dan unik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Taman Merdeka di sini.
Dia mempunyai lima anak perempuan berusia antara 43 dan 54 tahun yang tiga daripadanya iaitu Faridah Nurul Ain, 54, Nur Hasleena Lee, 52, dan Fatin Nasuha Lee, 43, menganut agama Islam selain 11 daripada 15 cucunya juga beragama Islam.
Guan Ne0 dan suaminya, Lee Nyong Yin yang mningg4l dunla akib4t denggi berdarah lima tahun lepas mengambil tanggungjawab menjaga cucu perempuannya, Fahira Nabilah Isham sejak cucunya itu berusia empat bulan.
Menurutnya yang merupakan Cina peranakan dan pernah menerima Anugerah Ibu Cemerlang 2015 peringkat negeri Melaka, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran terutama perbezaan agama selain pandangan ser0ng dari masyarakat sekeliling dalam menjaga Fahira Nabilah yang kini berusia 24 tahun, namun dia berjaya menempuhinya.
“Saya akui bukan sen4ng untuk besarkan cucu untuk pastikan dia mendapat pendidikan agama yang sempurna apatah lagi saya agama lain, Fahira Nabilah agama lain, bahkan ramai yang mengganggu tetapi saya tidak takvt, kerana bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abu Talib pun bukan Islam tapi jaga baginda dengan penuh kasih sayang.
“Jadi apa salahnya saya jaga darah daging saya sendiri, lagipun semasa Fahira Nabila bersek0lah, saya sendiri memandu kereta untuk menghantarnya ke sek0lah agama dan mengaji selain memastikan dia tunaikan s0lat, berpuasa dan khatam al-Quran,” katanya yang pernah memb4suh rumah dengan air tan4h dan tidak membela anjing sejak menjaga cucunya itu.
Sementara itu, Fahira Nabilah yang merupakan graduan Dipl0ma Sains K0mputer dari Universiti Tekn0logi Mara (UiTM) Jasin berkata, generasi muda perlu mengekalkan kemakmuran dengan menghargai keam4nan negara selain tidak mudah terpengarvh dengan anasir jah4t terutama di media s0sial.
“Di media s0sial sering terdapat perkara yang cuba untuk mencetuskan prov0kasi antara kaum dan telef0n pintar adalah gajet yang paling hampir dengan gol0ngan muda, jadi mereka perlu berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan pr0vasi itu kerana hakik4tnya masyarakat kita walaupun berbeza kaum dan agama, tetap b0leh hidup dengan aman dan damai.
“Misalnya, saya dan P0po (Tan) berbeza fahaman, namun kami saling h0rmat mengh0rmati antara satu sama lain. Paling penting untuk berjaya dalam apa jua cabaran yang kita hadapi, kita perlu bersatu,” katanya yang sudah berkahwin dengan pasangannya Muhammad Asyraf Abd Rahman, 24, sejak Januari lepas.
Fahira Nabilah mempunyai dua adik lelaki iaitu Fariz Ikmal Isham, 22, dibesarkan oleh keluarga sebelah bapanya Isham Mans0r yang telah mningg4l dunla pada 2008 manakala se0rang lagi adiknya Falah Isyraf Isham, 15, kini tingg4l di Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di Pantai Kund0r.
sumber: Bernama via imuslimnetwork / lakarmedia