Buat ‘Live’ Di YouTube, Ramai Komen ‘Emoji’ Katak Hina Keluarga Berwajah Unik


Dalam hidup ini, ada segelintir manusia yang merasakan diri mereka terlalu sempurna sehingga berasa diri ‘layak’ untuk merendahkan serta mencemuh orang lain.

Begitulah seperti kisah keluarga istimewa bergelar keluarga Manurung yang menjadi tular di TikTok kerana memiliki wajah unik ini.

Difahamkan lagi, mereka menghidap penyakit genetik abnormal bernama Sindrom Treachers Collins.

Sentiasa ceria rekod video

Biarpun begitu menerusi setiap  video di TikTok, mereka sekeluarga sentiasa kelihatan ceria menjalani kehidupan sehari-hari bersama dan menghiburkan pengikut dengan gaya-gaya lucu.

Ramai yang tidak suka, hina rupa paras mereka

Bagaimanapun, siapa sangka ramai juga yang bersikap negatif dan tergamak menghina rupa paras keluarga Manurung itu.

Perkara itu dapat dilihat sewaktu keluagra Manurung melakukan sesi ‘live’ di YouTube apabila ramai yang menghantar ’emoji’ katak secara bertubi-tubi seakan ingin menyamakan mereka seperti haiwan amfibia tersebut.

Berang dengan kejadian itu, rata-rata netizen lain meluahkan rasa sebak dan marah terhadap individu yang suka mengecam dan menjatuhkan orang lain.

Dalam pada itu, mereka juga mengingatkan individu yang suka menghina agar berhati-hati dengan kifarah di masa hadapan.

Di padang Masyar nanti merangkaklah semua

Nanti pun nak berpengaruh

Kesian pada keluarga tu

Diorang rasa lawak padahal jahat

Mereka juga ciptaan Tuhan

Orang yang menghina sesama manusia tak ‘perfect’ pun

Sumber: TikTok @suryamanurun9, TikTok @aishaandn