Tahniah, Ebit Lew Dilantik Menjadi Duta Muhibbah Palestin
Berita yang mengembirakan dikongsikan oleh Ebit Lew melalui akaun Facebooknya, beliau memberitahu telah dilantik oleh Kementerian Luar Palestin sebagai Duta Muhibbah dalam menyampaikan mesej dan menyokong Palestin dalam aktiviti yang disertainya itu.
Menurut Ebit Lew, beliau berasa terharu dengan pengiktirafan itu. Beliau hanya orang kecil, cuma buat sedikit usaha berbanding orang lain niatnya hanya untuk menolong. Menurut Ebit Lew lagi, beliau dijemput dan dilayan dengan cukup baik di Palestin.
Kata beliau, semoga ini menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kepada kerajaan Palestin, terima kasih Kementerian Luar Palestin dan semua rakyat Palestin.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tengku Mahkota Johor, Datuk Seri Hishammuddin, Tan Sri Muhyidin Yassin dan juga Terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.